Copyright © Design & Printing
Design by Dzignine
Jumaat, 4 September 2020

Hadis ke 7: Agama Itu Nasihat

 Bismillahirahmanirahim


Agama itu Nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ . 

[رواه البخاري ومسلم] 

 Dari Tamim Ad-Dari, bahwasannya Nabi saw. bersabda, “Agama itu nasihat.” Kami pun bertanya,

“Hak siapa (nasihat itu)?” Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, serta imam-imam kaum muslim dan rakyatnya.” 

(HR. Muslim)


Maksud hadis ini adalah:

HAK KEPADA ALLAH S.W.T

Kita sebagai hambanya tunaikan HAK ALLAH S.W.T iaitu CINTA iaitu beriman kepada-NYA serta TAKUTkan  ALLAH S.W.T merangkumi segala aspek kehidupan dari segi melakukan kebaikan kerana ALLAH S.W.T serta menjauhi segala kemungkaran kerana-NYA.


HAK KEPADA KITAB-NYA

Yakin bahawa AL-QURAN adalah datang daripada ALLAH S.W.T bukan karya daripada manusia, mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. Sentiasa mengikuti hukum-hukum serta nasihat daripada AL-QURAN serta lazimi AL-QURAN dalam kehidupan seharian.


HAK KEPADA RASULNYA

Sentiasa mempertahankan Rasulullah, mengakui segala risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sayangi Rasulullah dengan mengikuti segala ajaran Nabi Muhammad s.a.w.


HAK KEPADA IMAM KAUM MUSLIMIN

Menghendaki kebaikan daripada pemimpin iaitu jika ada kesalahan kena tegur seperti menggunakan harta Negara supaya rakyat tidak dianaiya dan terzalimi.


HAK KEPADA ORANG MUSLIM

Tanggungjawab kita terhadap saudara muslim yang lain adalah nasihat seperti tidak mezalimi muslim yang lain seperti menjaga aib muslim yang lain, memimpin saudara muslim yang lain dalam menyelesaikan masalah jika saudara muslim kita mahukan pertolongan. 


Indahnya Islam, hadis ini merangkumi segala aspek kebaikan dalam kehidupan kita seharian. Jika ada muslim yang lemah dikalangan kita sentiasa kita saling tolong menolong.

0 comments: